Bermatlamatkan meningkatkan kesedaran akan pentingnya membaca dalam kalangan murid SK Kuala Perlis, Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Kuala Perlis telah menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca dan Jom Ke PSS bertempat di Dewan Cikgu Bahatin pada 7 Mei yang lalu.
Majlis turut dihadiri dua orang tetamu jemputan iaitu Pn Norwani binti Mahamad Nor daripada Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis Cawangan Kuala Perlis dan Pensyarah Muzik daripada IPGM Kampus Perlis, Puan Hanis Nadwa binti Hasmadie.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya penyampaian Anugerah Ikon Nilam 2026 dan sijil penghargaan kepada murid-murid yang menyertai Krew TVPSS, serta persembahan Bicara Buku oleh Noor Syifa binti Shaari (kategori Bahasa Melayu) dan Abdur Raziq Zaahin bin Mohd Rozaidi (Kategori Bahasa Inggeris).






Turut diadakan, persembahan muzik murid yang dipimpin oleh guru praktikum, Muhammad Azim Iskandar, Program bersama Murid PPKI, acara mewarna Poster Kempen Membaca dan acara simbolik penyerahan buku.



