0

Sambutan Hari Guru 2026

Share

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2026 telah berlangsung pada Jumaat, 15 Mei yang lalu, bertempat di Dewan Cikgu Bahatin,, SK Kuala Perlis. Tema sambutan hari guru pada kali ini ialah ‘Guru Bitara Nadi Negara.’

Acara sambutan bermula dengan perarakan masuk para guru yang diraikan, diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perlis. Kemudian, sesi ucapan oleh wakil murid dan guru mengambil tempat.

Sejurus selepas itu, para guru naik ke pentas untuk sesi lafaz ikrar guru dan nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia. Kemuncak acara ialah majlis penyampaian hadiah kepada para guru dan staf sekolah.