Perhatian kepada semua ibu bapa atau waris murid. Modul PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) boleh diambil di Dewan Cikgu Bahatin SK Kuala Perlis mulai hari ini.
Category: <span>Makluman</span>
Makluman: Tatacara Pengambilan Modul PDPR
Selaras dengan arahan pembelajaran dari rumah, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan FAIL MODUL untuk mengatasi masalah pembelajaran anak-anak di rumah (home based learning) sepanjang tempoh pelaksanaan PKP .
20 Januari: Pembelajaran Secara Dari Rumah
Bermula 20 Januari, semua murid SK Kuala Perlis akan mengikuti sesi pembelajaran secara dari rumah (PDPR) selaras dengan arahan terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedang berkuatkuasa.
JADUAL Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR)
Untuk makluman semua murid dan waris, pihak sekolah telah menyediakan jadual pembelajaran dari rumah untuk diikuti oleh murid selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya proses pengajaran dan pembelajaran tetap berlaku secara optimum dari rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah.
Makluman Penutupan Sekolah Serta Pelaksanaan PDPC Secara Atas Talian
Susulan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin sebentar tadi, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa sekolah akan ditutup bermula esok (9 November 2020) hingga 18 Disember 2020.
Surat Arahan Penangguhan Program Bukan PdPC
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi surat bertarikh 21 Oktober 2020 telah mengeluarkan arahan penangguhan semua aktiviti bukan Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa SEMUA program bukan Pembelajaran dan Pengajaran (pengajaran dalam bilik darjah) adalah DITANGGUHKAN sehingga diberitahu kelak. Harap maklum dan terima kasih.
TATACARA HADIR KE SEKOLAH BAGI SEMUA MURID
Adalah diingatkan kepada semua murid tahun 1 hingga 4 yang akan memulakan sesi persekolahan esok serta ibu bapa/waris yang berkenaan supaya mematuhi tatacara hadir ke sekolah seperti yang terkandung dalam video di bawah.
Bersama Patuhi Tatacara Baharu Di Sekolah
Berikutan keputusan kerajaan membenarkan sekolah dibuka sepenuhnya, pihak telah menyediakan beberapa tatacara baharu yang perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah demi memastikan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah serta SOP dapat dipatuhi.
TAKLIMAT PENATARAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI MURID TAHUN 5, 6 DAN PPKIBP
Taklimat Penataran Pembukaan Sekolah Bagi Murid Tahun 5, 6 dan PPKIBP akan diadakan pada hari Isnin, 13 Julai 2020, bertempat di Dewan Cikgu Bahatin.