S

ebagai persediaan menghadapi pembukaan prasekolah yang akan bermula serentak di seluruh negara pada 1 Julai ini, SK Kuala Perlis telah mengadakan Penataran Pembukaan Prasekolah kepada ibubapa murid prasekolah bertempat di Dewan Cikgu Bahatin pada 29 Julai 2020.

Taklimat disampaikan sendiri oleh guru besar, Cikgu Suzaide Mat Noh kepada para ibu bapa dan waris yang hadir.  

Antara perkara yang disentuh termasuklah SOP pembukaan prasekolah serta maklumat-maklumat tambahan berkaitan dengan pembukaan prasekolah.

Turut sama terlibat dalam program berkenaan ialah wakil daripada PIBG, para guru prasekolah dan PPM serta AJK Rekod dan Pemeriksaan Suhu.

Terdahulu, para ibubapa dan waris yang hadir telah diambil bacaan suhu serta diminta menggunakan ‘hand sanitizer’ sebelum memasuki dewan. Mereka juga diminta memakai penutup mulut dan hidung selaras dengan SOP yang telah ditetapkan.