Program Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat SK Kuala Perlis telah berlangsung pada 9 Oktober lalu dengan penglibatan seluruh warga sekolah. Enam jenis acara telah diadakan di lima lokasi berasingan iaitu di Captcola Grandfield, dataran parkir, Dewan Cikgu Bahatin, perkarangan Dewan Cikgu Bahatin dan di kelas.
Acara-acara yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola jaring, lompat tali, petanque, indoor games dan aktiviti pra sekolah. Seawal jam 7.30 pagi, kesemua murid telah mengikuti aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Kelab Doktor Muda sebelum bergerak ke stesen masing-masing.
Kesemua acara permainan dipertandingkan antara rumah sukan iaitu rumah Paus, Todak, Jerung dan pari.










