Usaha SK Kuala Perlis dalam menggalakkan penghasilan bahan PdPC secara atas talian mendapat pengiktirafan Pengarah Pendidikan Perlis En. Naharudeen bin Othman apabila beliau memilih untuk bersiaran di Studio PDPC SK Kuala Perlis.
Kedatangan beliau telah disambut oleh guru besar serta guru-guru yang terlibat dalam penghasilan bahan PdPC menggunakan ‘green screen’.
Selain bersiaran, beliau turut diberikan penghormatan untuk merasmikan studio berkenaan yang baru sahaja disiapkan oleh pihak sekolah.
Dalam ucapannya, beliau memuji inisiatif pihak sekolah dalam mewujud serta memanfaatkan studio sekolah melalui penghasilan bahan-bahan PdPC untuk dimanfaatkan oleh para murid.
Related posts
Info PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Perlis Kali Ke-45 diadakan secara atas talian dan boleh ditonton secara langsung menerusi Saluran Youtube Colarian Channel.
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaaan Kuala Perlis kali ke-45 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :
PENATARAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH KEPADA IBUBAPA PRASEKOLAH
SK Kuala Perlis telah mengadakan Penataran Pembukaan Prasekolah kepada ibubapa murid prasekolah bertempat di Dewan Cikgu Bahatin pada 29 Julai 2020.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2020
Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Perlis telah diadakan secara ringkas dalam perhimpunan mingguan yang berlangsung hari ini.