0

Program STEMtastik DIY Pupuk Minat STEM

Share

Panitia Sains SK Kuala Perlis baru-baru ini telah menganjurkan program yang diberi nama STEMtastik DIY bertujuan memupuk minat murid terhadap bidang STEM.

Penyelaras program Cikgu Jannah berkata, program berasaskan ‘project based learning’ ini menggalakkan murid melakukan penerokaan menerusi aktiviti memasang dan menguji model payung terjun.

Program yang berlangsung selama 2 jam itu melibatkan semua murid tahap 1 dan 2 dan dilaksanakan di Dewan Cikgu Bahatin serta kelas.