1

20 Januari: Pembelajaran Secara Dari Rumah

Share

Bermula 20 Januari, semua murid SK Kuala Perlis akan mengikuti sesi pembelajaran secara dari rumah (PDPR) selaras dengan arahan terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedang berkuatkuasa.

Sehubungan dengan itu, jadual kelas akan diedarkan menerusi kumpulan Whatsapp kelas yang telah dibentuk manakala segala tugasan dan nota pembelajaran daripada guru akan juga dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut.

Bermula minggu hadapan (Isnin 25 Januari 2021), latihan bercetak boleh diambil di Dewan Cikgu Bahatin seperti sebelumnya oleh waris sahaja memandangkan KPM masih tidak membenarkan murid masuk ke kawasan sekolah sepanjang pelaksanaan PDPR ini. Jadual pengambilan dan penghantaran latihan bercetak juga akan dimaklumkan nanti.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan selamat belajar dan berharap agar kita dapat sama-sama berdoa semoga penularan wabak Covid-19 ini dapat dihentikan segera dan murid-murid dapat kembali ke sekolah mengikuti pembelajaran secara bersemuka seperti sediakala.

Harap maklum.