Pengambilan Modul Bermula Hari Ini
Perhatian kepada semua ibu bapa atau waris murid. Modul PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) boleh diambil di Dewan Cikgu Bahatin SK Kuala Perlis mulai hari ini.
Perhatian kepada semua ibu bapa atau waris murid. Modul PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) boleh diambil di Dewan Cikgu Bahatin SK Kuala Perlis mulai hari ini.
Selaras dengan arahan pembelajaran dari rumah, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan FAIL MODUL untuk mengatasi masalah pembelajaran anak-anak di rumah (home based learning) sepanjang tempoh pelaksanaan PKP .
Bermula 20 Januari, semua murid SK Kuala Perlis akan mengikuti sesi pembelajaran secara dari rumah (PDPR) selaras dengan arahan terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedang berkuatkuasa.
Untuk makluman semua murid dan waris, pihak sekolah telah menyediakan jadual pembelajaran dari rumah untuk diikuti oleh murid selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya proses pengajaran dan pembelajaran tetap berlaku secara optimum dari rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah.
Panitia Sains, Panitia Matematik dan guru-guru ICT sekolah hari ini bekerjasama menjayakan projek ‘Green Screen’ di bawah Program Pembangunan Kokurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2020 anjuran JPN Perlis.
Berikutan keputusan kerajaan membenarkan sekolah dibuka sepenuhnya, pihak telah menyediakan beberapa tatacara baharu yang perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah demi memastikan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah serta SOP dapat dipatuhi.