0

Share

Bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung, SK Kuala Perlis telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada dua buah keluarga baru-baru ini.

Sumbangan telah diserahkan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Cikgu Hafiza binti Abdul Hamid kepada waris Adam dari kelas 4 Abu Bakar dan Harraz, murid kelas 5 Omar serta waris Nur Hawwa Raisya (PPKI 5A).

Adik Adam dan Harraz telah kehilangan ayah masing-masing manakala adik Hawwa pula ditimpa masalah kesihatan dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).