Murid PPKI dan prasekolah di SK Kuala Perlis memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini selaras dengan keputusan yang dibuat oleh KPM bagi negeri-negeri Fasa 3.
Walaubagaimanapun, murid-murid yang lain masih kekal meneruskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehinggalah negeri ini beralih ke Fasa 4 PKP tidak lama lagi.