Makluman: Tatacara Pengambilan Modul PDPR

Makluman: Tatacara Pengambilan Modul PDPR

Selaras dengan arahan pembelajaran dari rumah, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan FAIL MODUL untuk mengatasi masalah pembelajaran anak-anak di rumah (home based learning) sepanjang tempoh pelaksanaan PKP .

Justeru, pihak sekolah telah menetapkan tatacara pengambilan fail modul seperti di bawah:

Pengambilan modul kali pertama :
Tarikh : 25 / 1 / 2021 ( Isnin)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tgh.
Tempat : Dewan Cikgu Bahatin SKKPs.
(Fail Modul yang siap perlu dihantar pada hari Isnin minggu berikutnya dan mengambil Fail Modul baru.)

PENGAMBILAN dan PENGHANTARAN Fail Modul bagi minggu yang seterusnya akan berlaku hanya pada HARI ISNIN sahaja.

Ibu bapa / penjaga perlu mencatat nama murid di dalam borang catatan pengambilan dan penghantaran fail modul yg disediakan. Kehadiran ibu bapa dan penjaga ke sekolah adalah TERTAKLUK kepada SOP yang sedang berkuatkuasa:

*pakai mask
* jaga jarak
* tidak berkumpul

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. Mohon kerjasama tuan/ puan bagi melancarkan perjalanan program ini.

Terima kasih di atas kecaknaan tuan/puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.