Perhatian kepada semua ibu bapa atau waris murid. Modul PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) boleh diambil di Dewan Cikgu Bahatin SK Kuala Perlis mulai hari ini.
Modul/fail yang telah siap hendaklah dihantar kembali ke Dewan Cikgu Bahatin pada hari ISNIN minggu hadapan. Pada hari Isnin itu juga, ibu bapa / waris perlu mengambil modul/fail yang baharu untuk minggu berikutnya.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan guru kelas masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan selamat belajar kepada semua murid.
- Modul diambil pada hari Isnin setiap minggu
- Modul dipulangkan semula juga pada hari Isnin setiap minggu.