0

Karnival Inspirasi 3M Madani Bimbing Murid Lemah 3M

Share

Dalam usaha menangani masalah penguasaan 3M dalam kalangan murid tahap 1, SK Kuala Perlis telah mengadakan Karnival Inspirasi 3M Madani Tahap 1 selama 2 hari, bermula 14 Julai lalu.

Program bersifat ‘belajar sambil bermain’ ini melibatkan kumpulan murid tahap 1 yang telah dikenal pasti bermasalah dalam penguasaan 3M.

Penyelaras program, Cikgu Suzana Abdul Ghani berkata, antara objektif karnival adalah bagi membantu murid mengatasi masalah penguasaan kemahiran 3M melalui aktiviti pembelajaran menarik dan berimpak.

Jelasnya lagi, menerusi program ini, adalah diharapkan agar kumpulan murid ini akan dapat menguasai asas literasi dan numerasi dengan lebih baik.