0

SKKPs Terpilih Sekolah Angkat MADANI 2026

Share

Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah mencatat sejarah apabila terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI 2026. Majlis Perasmian Sekolah Angkat MADANI 2026 telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada 7 Ogos 2026 bertempat di Dewan Cikgu Bahatin.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Ybhg Dato’ Shaharuddy Othman.

Sejurus selesai acara perasmian, beliau dan para tetamu jemputan turut dibawa meninjau ke beberapa lokasi di sekitar sekolah bagi melihat sendiri infrastruktur serta peralatan yang telah diperolehi pihak sekolah hasil dana yang telah diperuntukkan.