0

318 Calon Duduki PKSK di SK Kuala Perlis

Share

Seramai 318 orang calon menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di SK Kuala Perlis yang bermula pada 10 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, 116 orang merupakan calon PKSK Tingkatan 4 manakala selebihnya adalah calon PKSK Tingkatan 1.

PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi
kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi
tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Selain SK Kuala Perlis, empat buah sekolah lain turut menjadi pusat PKSK di negeri ini iaitu SK Seri Indera, SK Tengku Budriah, SM Sains Tuanku Syed Putra dan SMK Dato’ Jaafar Hassan.