0

Sambutan Hari Guru dan Majlis Persaraan Puan Nuraza

Share

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2025 telah berlangsung pada 16 Jun, lewat sebulan daripada tarikh sambutan sebenarnya. Ini bagi membolehkan majlis ini diadakan bersama-sama dengan majlis persaraan Puan Nuraza.

Majlis bermula tepat jam 7.45 pagi dengan Bacaan Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Cikgu Mohd. Rodze diikuti dengan bacaan Perutusan Hari Guru YB Menteri Pendidikan oleh guru besar, Cikgu Mazlan Abu Bakar.

Menyusul selepas itu, lafaz Ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Nursaiful dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia oleh semua guru. Turut diadakan upacara simbolik memotong kek Hari Guru oleh guru besar.

Kemuncak sambutan ialah acara persembahan guru dan sesi tukar hadiah.

Sebaik sahaja selesai majlis Sambutan Hari Guru, majlis khas bagi meraikan Puan Nuraza Abidin yang bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah diadakan.