S

atu Taklimat Persediaan Pembukaan Semula Sesi Persekolahan telah diadakan pada hari Isnin, 22 Jun 2020 bertempat di Dewan Cikgu Bahatin.

Semua guru dan staf sokongan sekolah hadir dalam sesi taklimat yang berlangsung selama lebih tiga jam itu. 

 

Penerangan telah disampaikan oleh guru besar, En. Suzaide Mat Noh, meliputi beberapa perkara antaranya SOP pembukaan semula sesi persekolahan, bidang tugas setiap jawatankuasa yang telah dibentuk, persediaan pembukaan semula prasekolah serta pemerkasaan aktiviti ‘home-based learning’ kepada murid.

Prasekolah menjadi kelas pertama yang akan mula menerima kehadiran murid iaitu pada 1 Julai 2020 seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.