H

ari Kokurikulum SK Kuala Perlis 2019 telah diadakan pada 14 Oktober lalu. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan pada program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 itu.

Antara acara yang cukup mendapat sambutan adalah ‘rumah hantu’ dan pertandingan roket air yang diadakan di padang sekolah. Selain itu, gerai jualan, pameran, acara kuiz, pertandingan beyblade, panggung wayang dan pertandingan karaoke turut diadakan.