0

EduSynergy Medan Mantapkan Organisasi

Share

Program EduSynergy 2026 yang berlangsung selama 2 hari bermula 11 Julai lalu, menjadi platform pemantapan organisasi SK Kuala Perlis. Program yang buat kali pertama diadakan ini dihadiri oleh semua guru dan AKP dan berlangsung di Hotel Fuller, Alor Setar.

Program ini mengkhususkan kepada dua aspek utama – pembinaan ilmu serta pengukuhan semangat berpasukan dalam kalangan warga SK Kuala Perlis. Menerusi dua slot bengkel, para peserta telah diberi pendedahan kepada penggunaan aplikasi seperti ChatGpt, NotebookLM, Gemini dan Canva dalam membantu pelaksanaan PdPC yang berkesan.

Selain itu, menerusi slot kepimpinan dan motivasi pula yang telah disampaikan oleh Pegawai SIP Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, En. Mohd. Noor bin Man, para peserta telah diberi pendedahan berkenaan laluan-laluan peningkatan profesionalisme yang ada dalam bidang pendidikan.

Sementara itu, acara santai lawan boling Strike X turut diadakan bertempat di Pusat Boling Aman Central.

Majlis penutupan Program EduSynergy 2026 telah diadakan pada 12 Julai dan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, En. Rose Aza bin Che Arifin.