P

ada 9 Mei 2019, telah berlangsung Program Wakaf Buku Peringkat SK Kuala Perlis di Dataran Perhimpunan SK Kuala Perlis .

Program bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Zannuri, disusuli dengan ucapan aluan dan perasmian program oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Mohd. Sukri b. Abdul Karim.

Sebaik sahaja selesai acara perasmian, majlis penyerahan wakaf buku oleh wakil PIBG, wakil guru dan wakil murid kepada pihak sekolah diadakan. Cikgu Mohd. Sukri mewakili pihak sekolah menerima buku-buku yang telah disumbangkan.

Turut diadakan bersempena program ini adalah acara membaca selama 10 minit melibatkan semua guru dan murid.