SK Kuala Perlis telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kem Nexus Wira 2016 yang berlangsung pada 22 hingga 23 Julai 2026, bertempat di Kem Dato’ Ariffin Mohd. Nam, Kaki Bukit, Perlis.
Kem Nexus Wira merupakan perkhemahan kokurikulum peringkat negeri Perlis yang julung kali diadakan, disertai seramai 130 orang murid daripada 20 buah sekolah rendah di negeri ini.
Para peserta telah mengikuti pelbagai acara sepanjang dua hari kem berlangsung, antaranya rentas halangan, combat archery, permainan dinamika, ikhtiar hidup dan slot khas Gema Nexus – Saya Anak Malaysia.






