M

esyuarat Jawatankuasa Taskforce (COVID19) SK Kuala Perlis telah diadakan di Bilik Sidang Budiman pada Selasa, 16 Jun 2020. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh guru besar, En. Suzaide Mat Noh. 

Antara agenda mesyuarat adalah Penataran Garis Panduan Buka Sekolah, agihan tugas kumpulan taskforce, isu homelearning dan lain-lain. Turut dibincangkan adalah isu sanitasi kawasan sekolah serta penetapan kelas dan jadual PdPC.

Mesyuarat ini diadakan selaras dengan kehendak KPM agar pihak sekolah dapat membuat persediaan yang secukupnya bagi memulakan semula sesi persekolahan apabila diarahkan nanti.