B

ertempat di Dataran Perhimpunan SK Kuala Perlis, telah diadakan satu majlis khas bagi meraikan ulang tahun kelahiran guru besar, En. Suzaide bin Mat Noh yang jatuh pada hari ini.

Majlis ringkas namun penuh makna itu bermula dengan nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ secara beramai-ramai oleh para guru dan murid, disusuli dengan acara memotong kek oleh tuan guru besar.

Buat guru besar, kami warga sekolah mengucapkan ‘SELAMAT HARI LAHIR TUAN GURU BESAR!’