
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
KAMI GURU DAN STAF SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERLIS AKAN :
- Dengan penuh disiplin, komited dan dedikasi berusaha untuk mencapai yang terbaik dan cemerlang dalam bidang akademik, moral, disiplin, ko kurikulum dan pentadbiran sekolah
- Mengajar, mendidik dan membimbing menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan serta menerapkan Pendidikan Alaf 21
- Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang lengkap dengan semua kemudahan, bersih, ceria, riang dan selamat
- Mewujudkan suasana pergaulan harmoni sesama guru dan sesama murid dan hubungan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat
- Berusaha memperkasa sekolah untuk mencapai taraf sekolah cemerlang dalam semua bidang