K

ejayaan Cikgu Lela Maisara A. Ghani atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Petai menawan puncak Kinabalu sekaligus mengibarkan bendera sekolah baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan daripada pihak sekolah. 

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter dan terletak di Banjaran Crocker.

Satu majlis ringkas namun cukup bermakna telah diadakan di Dewan Terbuka SKKPs pada hari Selasa dalam suasana normal baharu bertujuan meraikan kejayaan beliau. Cikgu Petai telah menerima sebiji kek serta cenderahati sumbangan Badan Kebajikan Guru SKKPs.

Cikgu Petai (Lela Maisara A. Ghani) menyampaikan ucapan ringkas sempena majlis meraikan kejayaan beliau menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.