Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan 1446H Peringkat SK Kuala Perlis telah berlangsung pada 27 Mac 2025 bertempat di Dewan Cikgu Bahatin. Majlis dianjurkan bersama oleh Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Kuala Perlis.
Majlis bermula seawal jam 7.50 pagi dengan Bacaan Hadis 40 Imam Nawawi disusuli dengan bacaan ayat suci Al-Quran serta ucapan daripada Guru Besar, Cikgu Mazlan Abu Bakar dan Ketua Panitia Bahasa Arab, Ustaz Zannuri Othman.
Mengambil tempat selepas itu adalah persembahan nasyid dan juga kalam jama’ie serta penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi pelbagai acara yang telah diadakan sepanjang berlangsungnya Program Ihya’ Ramadan 1446H.
Anda juga boleh lawati laman Facebook sekolah untuk maklumat-maklumat lain berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.