Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Negeri Perlis 2025 telah berlangsung pada 5 hingga 7 Mei 2025, bertempat di Pusat Kokurikulum JPN Perlis.
Perkhemahan tersebut disertai kira-kira 180 orang peserta dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri ini.
Dua orang murid daripada kelas 6 Abu Bakar telah mewakili SK Kuala Perlis iaitu Siti Solehah dan Afiq Danial. Mereka telah berjaya mengikuti setiap sesi aktiviti yang diadakan sepanjang perkhemahan berlangsung.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah merentas halangan, ikhtiar hidup, bantu mula, gerak waja, masakan rimba dan gajet perkhemahan.
Dalam pada itu, Cikgu Nursaiful yang juga jurulatih pengiring ke perkhemahan berkenaan pula telah ditauliahkan ke pangkat Leftenan KRS.