0

SKKPs Dapat Pentadbir Baharu

Share

Sesi persekolahan 2023 – 2024 menyaksikan SK Kuala Perlis telah menerima dua orang pentadbir baharu iaitu Guru Besar, Cikgu Mazlan bin Abu Bakar dan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Nashir bin Zakaria.

Cikgu Mazlan menggantikan Cikgu Suzaide yang berpindah ke SK Seberang Ramai manakala Cikgu Nashir pula menggantikan Cikgu Zulkarnin yang memulakan tugas di SK Padang Besar Selatan.

Pihak sekolah merakamkan jutaan ucapan terima kasih buat Cikgu Suzaide dan Cikgu Zulkarnin atas jasa bakti yang telah dicurahkan serta mengalu-alukan kedatangan Cikgu Mazlan dan Cikgu Nashir ke SK Kuala Perlis.