0

Mesyuarat Taskforce SOP Pembukaan Sekolah

Share

Sebagai persediaan menghadapi pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan 2021, Jawatankuasa Taskforce SK Kuala Perlis telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada hari Isnin 18 Januari 2021.

Mesyuarat diadakan di Bilik Sidang Bestari dan dipengerusikan oleh guru besar, Cikgu Suzaide Mat Noh.

Beberapa agenda menjadi tajuk perbincangan antaranya berkenaan persiapan menjelang pembukaan sekolah, mengemaskini SOP sedia ada serta pelaksanaan PDPR seperti yang diumumkan KPM baru-baru ini.