Buat julung-julung kalinya, SK Kuala Perlis menganjurkan expo STEM (Young Stemist Expo 2022) sempena Hari Korikulum yang berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 Disember lalu.
Perasmian program telah disempurnakan oleh En. Che Rasaidi Che Yob, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Perlis.
Turut hadir, tetamu undangan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang diketuai Pn. Nadya Jaafar.
Pelbagai acara diadakan, antaranya pameran STEM, demonstrasi STEM, pertandingan roket air, gerai jualan, rumah hantu dan zoo mini.







