0

Mesyuarat Program 1M1S My Walks/My Ride

Share

Satu mesyuarat membincangkan pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan, My Walks/My Ride telah diadakan melibatkan para guru yang menganggotai jawatankuasa berkenaan.

Mesyuarat diadakan secara dalam talian (online) dan dipengerusikan oleh Cikgu Mirzanil. Turut hadir, guru besar Cikgu Suzaide Mat Noh dan semua penolong kanan.

Turut hadir, En. Faudzi Musa yang mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Untuk makluman, SK Kuala Perlis telah dipilih untuk menjadi pengelola program My Walks/My Ride Peringkat Negeri Perlis yang akan dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Perlis, En. Naharudeen Othman.