Mesyuarat Akhir Tahun dan Jamuan Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKS) SK Kuala Perlis telah berlangsung pada hari Selasa, 15 Disember 2020. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, majlis pada kali ini diadakan secara santai serta berkonsepkan gotong-royong.
Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh guru besar, Encik Suzaidee Mat Noh. Beberapa agenda menjadi tajuk perbincangan antaranya persiapan penutupan sekolah, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta eRPH.