S

eramai 37 orang murid prasekolah SK Kuala Perlis telah melaporkan diri pada hari pertama pembukaan semula prasekolah pada pagi ini.

Daripada jumlah itu, Pra Khadijah mencatatkan bilangan murid paling ramai iaitu 9 orang, diikuti dengan Pra Sumaiyah (8), Pra Aisyah (8) dan Pra Fatimah (8).

Bagi kelas Pra Maryam pula, kehadiran murid yang direkodkan adalah seramai 4 orang.

Seawal jam 7.00 pagi, para guru telah bersiap sedia di kawasan hadapan sekolah untuk menerima kedatangan ibu bapa dan murid. Murid yang hadir diambil bacaan suhu sebelum mendaftar kehadiran mereka.

Mereka kemudiannya dibawa ke ruang menunggu di dalam Dewan Cikgu Bahatin sebelum dibawa ke kelas masing-masing untuk sesi mencuci tangan menggunakan pencuci tangan Dettol dan menikmati sarapan yang disediakan oleh pihak sekolah.