P

asukan Lompat Tali SK Kuala Perlis sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila berjaya mencatatkan kejayaan cemerlang dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

Pada KARNIVAL [email protected] 1m1s yang diadakan bersempena Sambutan Bulan Sukan Negara pada 30 hingga 31 Oktober lalu, bertempat di SK Putrajaya Presint 11 (1), pasukan berkenaan telah berjaya membawa pulang pingat emas dalam Pertandingan Lompat Tali Berirama Peringkat Kebangsaan.

Sebelum itu, pasukan bimbingan Cikgu Sutina ini telah berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada Pertandingan Lompat Tali Berirama Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 15 September lalu.

Mereka telah membawa pulang pingat perak pada pertandingan yang berlangsung di SK Air Merah (SBT) Kulim itu.

Sementara itu, pada satu lagi pertandingan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Melayu, Bangsar, pada 21 hingga 23 Jun lepas, Pasukan Lompat Tali SKKPs telah membawa satu pingat perak dan dua pingat gangsa.

Pingat perak disumbangkan menerusi acara Freestyle Perempuan Bawah 11-12 Tahun manakala pingat perak pula diperolehi menerusi acara Fair Perempuan Bawah 11-12 tahun dan Team Double Dutch Terbuka Bawah 11-12 tahun.