S

emerah Padi. Itulah tema bagi sambutan Hari Guru Peringkat SK Kuala Perlis 2019 yang telah disambut secara penuh meriah pada tanggal 30 April yang lalu.

Tema yang diangkat sebagai tema sambutan pada kali ini memperlihatkan keunikannya apabila sekolah yang terletak dalam bandar Kuala Perlis ini tiba-tiba berubah wajah menjadi sebuah perkampungan Melayu tradisional seperti yang wujud sekitar tahun 60-an yang lalu.

Bukan setakat itu sahaja, penampilan istimewa para guru dan murid-murid pula menambah kemeriahan sambutan. Masing-masing kelihatan segak dan tampan berpakaian tradisional Melayu lama – bersamping, bertanjak, berkeris dan bertudung mirip wanita Melayu zaman dahulu.

Sepanjang sambutan, pelbagai acara diadakan meliputi perhimpunan khas sempena sambutan hari guru, aktiviti sukaneka guru, persembahan guru dan murid dan juga acara penyampaian hadiah.

Pada sebelah tengah hari pula, diadakan jamuan bagi meraikan para guru serta bekas-bekas guru yang telah bertukar serta bersara di Restoran Nyiru Klasik.