K

ejayaan penganjuran Program Mega Merdeka yang berlangsung pagi ini membuktikan kerjasama erat yang terjalin antara pihak sekolah, agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Program yang diadakan bersempena dengan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini berlangsung meriah dengan penglibatan warga pendidik dan pelajar sekolah, selain turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Negeri Perlis, PIBG, PDRM dan komuniti setempat. 

Pelbagai acara mewarnai program antaranya Bual Bicara Tokoh, persembahan murid, Kayuhan Merdeka Bersama Komuniti dan acara kraftangan murid.

Menurut guru besar Encik Suzaide Mat Noh, pihak sekolah amat berterima kasih atas kesudian semua pihak dalam menjayakan program ini.

Jelasnya lagi, pihak sekolah akan terus menjalinkan kerjasama dengan pihak luar khususnya komuniti setempat demi manfaat para pelajar.