P

asukan Keyboard SK Kuala Perlis menambah koleksi kemenangan yang diraih sekolah ini apabila berjaya muncul sebagai Naib Johan Kategori Tahap 1 dalam Pertandingan Keyboard Music Time Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perlis 2019 yang berlangsung hari ini.

Pasukan bimbingan Cikgu Mahadzir yang dibarisi oleh seramai 10 orang murid, berjaya mempamerkan persembahan yang amat cemerlang pada pertandingan yang berlangsung di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar.