DA’I AFIQAH DI SK KUALA PERLIS

Sebagai satu usaha meningkatkan motivasi dalam kalangan para pelajar tahun 6, pihak sekolah telah mengadakan program ceramah motivasi pada 7 Februari lalu.

Program telah diadakan di surau sekolah selepas waktu rehat tahap 2. Personaliti tv, Da’i Afiqah hadir selaku penceramah pada program berkenaan.

Antara perkara yang telah disentuh termasuklah sifat pelajar cemerlang, adab dengan guru serta tips-tips berguna ke arah menjadi Mukmin First Class.