Pasukan robotik SK Kuala Perlis telah berjaya menduduki tempat ketiga Kategori Robomission Rookie pada Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2026 Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung pada 2 Julai lalu.
Pasukan di bawah bimbingan Cikgu Nursaiful ini diwakili seramai 3 orang murid iaitu Arrian Aariz, Muhammad Haikal dan Saadon.
NRC 2026 telah berlangsung di Dewan SJKC Khoon Aik, Kangar.





