0

Program Pemeriksaan Mata Percuma

Share

Unit HEM SK Kuala Perlis dengan kerjasama World Vision Optic Cawangan Perlis telah mengadakan program pemeriksaan mata percuma kepada semua murid SK Kuala Perlis pada hari Rabu, 27 Mac yang lalu.

Program ini diadakan untuk mengenal pasti murid yang mempunyai masalah penglihatan rabun dan silau. Mereka yang dikenalpasti mempunyai salah satu atau kedua-dua masalah tersebut akan dirujuk untuk mendapatkan rawatan susulan dan bantuan cermin mata.