S

ekolah Kebangsaan Kuala Perlis terpilih sebagai sekolah rendah pertama menjadi destinasi lawatan Pengarah Pendidikan Perlis yang baharu YBRs En. Naharudeen Othman.

Beliau menggantikan Tuan Hj. Izmi Hj. Ismail yang telah bertukar ke negeri Selangor.

Kehadiran beliau disambut oleh para pentadbir sekolah diketuai Guru Besar, Encik Suzaidee Mat Noh kira-kira jam 12.40 tengah hari. Beliau diiringi oleh para pengawai daripada JPN Perlis.

Objektif lawatan ramah mesra berkenaan adalah bagi membantu beliau mendapatkan gambaran berkenaan pengurusan sekolah di samping berkenal-kenalan dengan pentadbir sekolah.

Selain menghadiri sesi taklimat, beliau turut melapangkan masa untuk sesi temubual ringkas yang dikendalikan oleh Kru Produksi SK Kuala Perlis yang dianggotai oleh murid-murid Tahun 6.