Bertempat di Sek. Keb. Jalan Raja Syed Alwi, telah berlangsung Pertandingan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah-sekolah Rendah Negeri Perlis 2017 pada 15 November yang lalu.
Empat orang murid SK Kuala Perlis iaitu Wardina Shafika bt. Darus (6U), Nur Shakila bt. Shahnan (6U), Muhammad Yani Syakiruddin b Yaakob (6U) dan Muhammad Amirul b Abd Rahman telah mewakili sekolah dalam acara Pertandingan Kit Kereta Kreatif, Pemasangan Kit Kereta Lumba dan Pertandingan Jahitan.
Peserta SKKPs Wardina Shafika bt Darus dan Nur Shakila bt Shahnan telah berjaya meraih tempat keempat daripada 50 pasukan dalam pertandingan jahitan.
Related posts
Info PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Perlis Kali Ke-45 diadakan secara atas talian dan boleh ditonton secara langsung menerusi Saluran Youtube Colarian Channel.
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaaan Kuala Perlis kali ke-45 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :
PENATARAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH KEPADA IBUBAPA PRASEKOLAH
SK Kuala Perlis telah mengadakan Penataran Pembukaan Prasekolah kepada ibubapa murid prasekolah bertempat di Dewan Cikgu Bahatin pada 29 Julai 2020.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2020
Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Perlis telah diadakan secara ringkas dalam perhimpunan mingguan yang berlangsung hari ini.