0

SKKPs TEMPAT KETIGA BOLA BALING MSSPs

Share

Pasukan bola baling lelaki SK Kuala Perlis yang mewakili PKP Kuala Perlis, telah mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Baling MSSPs yang telah berlangsung pada 10 dan 11 Julai yang lalu.

Pada peringkat kumpulan, pasukan ini telah berjaya menewaskan pasukan daripada PKP Padang Besar dengan keputusan 8-0 serta mencatat dua kemenangan ke atas pasukan daripada PKP Jejawi (4-3) dan PKP Kangar (2-1).

Pada peringkat separuh akhir, pasukan bola baling PKP Kuala Perlis tewas kepada pasukan daripada PKP Simpang Empat dengan keputusan 4-2.