MAKLUMAT CUTI SEMPENA ISRA’ DAN MIKRAJ
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada hari Rabu, 3 April 2019 sempena cuti Israâ dan Mikraj.
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada hari Rabu, 3 April 2019 sempena cuti Israâ dan Mikraj.
Perhatian kepada semua ibu bapa dan murid, adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Aktiviti 1Murid 1Sukan (1M1S) bagi murid-murid tahap 2 SK Kuala Perlis pada minggu ini dibatalkan.
Murid Tahun 6 SK Kuala Perlis, Ainur Nafisha sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila berjaya mendapat tempat ke-14 daripada seramai 90 orang peserta yang bertanding dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSM.
Selaras dengan saranan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan berhubung isu aktiviti luar darjah ketika cuaca panas, pihak sekolah telah membuat sedikit pindaan terhadap pelaksanaan aktiviti 1Murid 1Sukan bermula minggu ini.
Pasukan bola jaring SK Kuala Perlis berjaya muncul pemenang tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Syed Alwi, Kangar pada 5 Mac yang lalu.
Badan Kebajikan Guru SK Kuala Perlis telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Mac yang lalu.
Untuk tahun kedua berturut-turut, kontinjen SK Kuala Perlis telah muncul sebagai JOHAN dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKP Kuala Perlis bagi tahun 2019, yang berlangsung pada 20 hingga 21 Februari yang lalu, di Mini Stadium SMK Syed Hassan, Kangar.
Satu majlis khas telah diadakan bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kuala Perlis pada 22 Februari 2019, bagi meraikan ulangtahun kelahiran tuan guru besar, En. Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah.