SKKPs RAIH KETIGA BOLA JARING MSSPs
Pasukan bola jaring SK Kuala Perlis berjaya muncul pemenang tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Syed Alwi, Kangar pada 5 Mac yang lalu.
Pasukan bola jaring SK Kuala Perlis berjaya muncul pemenang tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Syed Alwi, Kangar pada 5 Mac yang lalu.
Badan Kebajikan Guru SK Kuala Perlis telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Mac yang lalu.
Untuk tahun kedua berturut-turut, kontinjen SK Kuala Perlis telah muncul sebagai JOHAN dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKP Kuala Perlis bagi tahun 2019, yang berlangsung pada 20 hingga 21 Februari yang lalu, di Mini Stadium SMK Syed Hassan, Kangar.
Satu majlis khas telah diadakan bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kuala Perlis pada 22 Februari 2019, bagi meraikan ulangtahun kelahiran tuan guru besar, En. Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah.
Bersempena dengan pelancaran serentak di seluruh negara, SK Kuala Perlis turut mengadakan pelancaran Program Jom Ke Sekolah bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kuala Perlis, pada hari Isnin 18 Februari 2019.
Pasukan Sepak Takraw SK Kuala Perlis yang mewakili PKP Kuala Perlis berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung pada 14 Februari yang lalu.
Pasukan Bola Baling Perempuan SK Kuala Perlis telah muncul pemenang tempat ketiga bersama dalam Kejohanan Bola Baling MSSPs yang berlangsung di SMK Syed Saffi, Simpang Empat, pada 30 hingga 31 Januari yang lalu.
Majlis Persaraan Puan Muzirah Ismail telah diadakan pada hari Jumaat 1 Februari 2019 bertempat di Dewan Terbuka SK Kuala Perlis.