B

ertempat di dataran SK Kuala Perlis, telah berlangsung Minggu Sihat Doktor Muda yang dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Doktor Muda SK Kuala Perlis pada 8 Ogos 2018.

Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan bacaan Perutusan Menteri Kesihatan Malaysia, diikuti dengan slot Penerangan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang disampaikan oleh Doktor Muda Mohd. Harieff dan Doktor Ahmad Ahmad Anwari.

Acara diteruskan dengan kuiz kesihatan yang dikendalikan oleh Puan Sutina dan senamrobik oleh kumpulan senamrobik SK Kuala Perlis.