S

ekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah mengadakan Kem Menjana Pelajar Cemerlang 2018 sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan pencapaian murid dalam Peperiksaan UPSR nanti.

Kem berkenaan telah berlangsung selama tiga hari, bermula pada 10 Ogos yang lalu melibatkan seramai 80 orang murid Tahun 6 serta semua guru SKKPs.

Turut membantu pelaksanaan program ialah enam orang guru pelatih IPGM Kampus Perlis yang sedang menjalani praktikum di sekolah ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan melibatkan slot-slot akademik (kelas), sesi kerohanian (solat berjemaah, bacaan Yaasin, kuliah agama, solat hajat), ceramah motivasi dan juga riadah.