B

ertemakan ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’, telah diadakan Sambutan Ma’al Hijrah 1439H/2017M Peringkat SK Kuala Perlis pada 11 Oktober yang lalu. Hujan lebat yang turun tidak menjejaskan kemeriahan program yang bermula seawal jam 7.40 pagi itu.

 

Pelbagai acara telah diadakan, antaranya Ceramah Kuiz Ma’al Hijrah, Pertandingan Kuiz, Pertandingan Mewarna, Acara Hafazan, Tilawah Al-Quran, Pertandingan Nasyid dan Azan serta Bercerita.

Berikut adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang sempat dirakamkan oleh lensa SKKPs sepanjang program berlangsung.

Aktiviti mewarna bagi murid-murid Tahap 1 merupakan sebahagian daripada acara yang telah diadakan sempena Sambutan Ma’al Hijrah 1439H/2017M Peringkat SK Kuala Perlis.