M

uhammad Ashiff bin Ahmad  Suhairi telah mengharumkan nama sekolah apabila terpilih menerima Anugerah Khas Calon Tokoh Doktor Muda di Konvensyen HePiLI (Health Promotion in Learning Institution) Kelab Doktor Muda Peringkat Kebangsaan.

Konvensyen berkenaan telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Gombak pada 24 hingga 27 Julai yang lalu.

Muhammad Ashiff yang juga salah seorang wakil dari negeri Perlis telah membawa pulang trofi, wang tunai dan sijil penyertaan.